Proton-BMW bertembung, tiga terbunuh - Utusan Malaysia

Proton-BMW bertembung, tiga terbunuh

PERTEMBUNGAN dua kenderaan hingga mengakibatkan tiga maut di Kilometer 98.5 Jalan Kuantan- Segamat, dekat Muadzam Shah di Rompin, Pahang - FOTO IHSAN IPK PAHANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROMPIN: Tiga maut manakala dua cedera dalam kemalangan membabitkan  dua kenderaan di Kilometer 98.5, Jalan Kuantan-Segamat, dekat Muadzam Shah di sini awal pagi tadi. 

Kemalangan berlaku pada pukul 4.26 pagi apabila kenderaan jenis Proton Saga dinaiki tiga lelaki  terbabas sebelum bertembung dengan kereta jenis BMW dari arah bertentangan. 

Ketua Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, Superintenden Kamarulzaman Jusoh berkata, mangsa pertama yang  maut dan dikenal pasti ialah Rizal AL Awing, 18, yang merupakan pemandu Proton Saga.

Menurut beliau, dua lagi penumpang yang turut maut dalam kenderaan itu belum dikenal pasti identiti mereka.

“Ketika kejadian, pemandu dan penumpang BMW dalam perjalanan dari Seremban menghala ke Terengganu sebelum bertembung dengan Proton Saga yang dinaiki tiga lelaki dipercayai Orang Asli. 

“Akibat pertembungan itu, pemandu dan penumpang  Proton Saga maut di tempat kejadian, manakala pemandu BMW,  Muhammad Hafiz Muhammad Hadits, 31, dan penumpangnya, Syed Husain Yaacob Ali, 37,  cedera ringan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Kamarulzaman berkata, siastan awal  percaya kemalangan itu  berpunca daripada kecuaian pemandu Proton Saga yang gagal mengawal kenderaan dan masuk ke laluan bertentangan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN