Patah bahu, sangkut di pokok buluh ketika aktiviti paragliding - Utusan Malaysia

Patah bahu, sangkut di pokok buluh ketika aktiviti paragliding

KEADAAN mangsa yang tersangkut pada pokok buluh semasa melakukan aktiviti paragliding di Pengkalan Hulu dekat Gerik hari ini. - UTUSAN/IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang lelaki patah bahu kanan selepas terjatuh dan tersangkut pada pokok buluh semasa melakukan aktiviti luncur udara atau paragliding dalam kejadian di Taman Tasek Permai, Pengkalan Hulu dekat Gerik hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, kejadian berlaku selepas mangsa yang berusia 35 tahun dipercayai hilang kawalan ketika mengendalikan payung paragliding.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.53 petang dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Hulu segera ke tempat kejadian.

“Ketika tiba, anggota bomba mendapati seorang lelaki tersangkut pada pokok buluh dipercayai hilang kawalan semasa melakukan aktiviti paragliding,” kata jurucakap itu.

Katanya, anggota bomba kemudian menurunkan mangsa dan memberi rawatan awal  seteruskan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya