IPOH: Seorang lelaki patah bahu kanan selepas terjatuh dan tersangkut pada pokok buluh semasa melakukan aktiviti luncur udara atau paragliding dalam kejadian di Taman Tasek Permai, Pengkalan Hulu dekat Gerik hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, kejadian berlaku selepas mangsa yang berusia 35 tahun dipercayai hilang kawalan ketika mengendalikan payung paragliding.
Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.53 petang dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Hulu segera ke tempat kejadian.
“Ketika tiba, anggota bomba mendapati seorang lelaki tersangkut pada pokok buluh dipercayai hilang kawalan semasa melakukan aktiviti paragliding,” kata jurucakap itu.
Katanya, anggota bomba kemudian menurunkan mangsa dan memberi rawatan awal seteruskan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – UTUSAN