Mohon permit Bazar Ramadan di Shah Alam dibuka minggu depan - Utusan Malaysia

Mohon permit Bazar Ramadan di Shah Alam dibuka minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan 33 lokasi tapak Bazar Ramadan yang boleh dimohon untuk disewa bermula 17 Januari hingga 16 Februari.

Tapak bazar tersebut adalahi di Seksyen 6, 7, 8, 16,17, 18,19, 20, 24, 25, 27, 28, 31,33, 35, U2, U3, U5, U8, U10, U13, U19 dan U20.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, perniaga yang berminat boleh membuat permohonan secara dalam talian yang dibuka sebulan dengan melayari laman eBazar MBSA iaitu https://bazar.mbsa.gov.my.

“Orang ramai perlu mengisi borang permohonan secara atas talian dan memuat naik salinan dokumen yang diperlukan dengan lengkap sebelum proses pendaftaran dilaksanakan. 

“Sebanyak 33 lokasi tapak bazar disediakan oleh pihak Majlis pada tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, senarai jenis jualan serta kadar bayaran permit adalah mengikut jenis jualan iaitu RM207.00 untuk  jualan minuman balang  dan jualan makanan (bergoreng) RM237.00.

Bagi jualan air kelapa atau tebu RM237.00, jualan berbakar RM237.00 dan jualan ayam golek pula RM297.00.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN