Satu kehilangan besar buat seluruh rakyat Malaysia - Siti Nurhaliza

Satu kehilangan besar buat seluruh rakyat Malaysia – Siti Nurhaliza

Screenshot
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Allahyarhamah adalah seorang tokoh wanita yang sangat penyayang.”

Demikian luahan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin terhadap pemergian isteri bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohammad, Tun Siti Hasmah yang meninggal dunia pagi tadi.

Siti menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar memandangkan jasanya terlalu besar dalam menjaga kebajikan wanita.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar buat seluruh rakyat Malaysia, memandangkan jasa dan sumbangan Siti Hasmah yang begitu banyak dalam bidang kesihatan, kebajikan dan pembangunan wanita sepanjang hayatnya.

“Saya turut mendoakan agar Tun Dr. Mahathir Mohamad serta seluruh ahli keluarga Allahyarhamah diberikan ketabahan, kesabaran dan kekuatan jiwa dalam menghadapi dugaan berat ini.

“Allahyarhamah adalah seorang tokoh wanita yang sangat penyayang, lemah lembut dan mempunyai sifat keibuan yang tinggi,” katanya.

Siti Hasmah menghembuskan nafas terakhir di Insitut Jantung Negara pagi tadi.

Allahyarham dilahirkan pada 12 Julai 1926 di Kampung Jawa, Klang, Selangor dan merupakan anak keenam daripada 10 beradik.

Siti Hasmah melanjutkan pengajian di King Edward VII College of Medicine dan menjadi satu-satunya pelajar wanita Melayu dalam kumpulannya.

Beliau bertemu Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum kedua-duanya mendirikan rumah tangga pada 4 Ogos 1956.

Pasangan ini dikurniakan tujuh orang cahaya mata dan sering menjadi contoh sebuah keluarga yang sederhana serta saling menyokong antara satu sama lain.

Dalam kerjayanya sebagai doktor, Dr. Siti Hasmah mencatat sejarah apabila menjadi wanita pertama dilantik sebagai Pegawai Perubatan di Bahagian Kesihatan Ibu dan Kanak-Kanak pada tahun 1965.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×