Mendidik anak-anak memerlukan komitmen seluruh institusi masyarakat.Mereka ibarat kain putih dan ibu bapa serta masyarakatlah mewarnakan mereka. Ibu bapa mempunyai peranan yang sangat besar dalam mendidik anak-anak. Sebagai contoh, bapa memilih rumah dengan persekitaran yang baik untuk membesarkan anak-anak, jauh daripada kawasan yang tinggi kadar jenayah dan selamat dari anasir luar yang merosakkan anak-anak. Ibu pula sebagai madrasah atau sekolah pertama anak-anak, berperanan penting memantau perkembangan sahsiah mereka. Hari ini,…










