Mangsa banjir terima BWI - Utusan Malaysia

Mangsa banjir terima BWI

Mangsa banjir datang ke Dewan Azalea Sri Muda, Shah Alam, Selangor, semalam untuk menerima Bantuan Wang Ihsan. – UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sebanyak 1,359 ketua isi rumah mangsa banjir Taman Sri Muda menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000 daripada Kerajaan Persekutuan semalam.

Dewan Azalea yang terletak Seksyen 25, di sini dikerumuni ratusan mangsa banjir sejak pukul 8.30 pagi biarpun kaunter pemberian bantuan dibuka pada pukul 9.30 pagi.

Pegawai Daerah Klang, Mohd. Faizal Abdul Raji berkata, seramai 1,359 mangsa banjir yang hadir menerima bantuan daripada 1,500 mangsa yang dipanggil pihaknya.

“Alhamdulillah, program berjalan lancar dengan kami membuka 10 kaunter pemberian untuk memastikan mereka tidak perlu menunggu lama bagi menerima bantuan.

“Kita akan buat program sama di beberapa lokasi di Klang sehingga semua pemohon dapat bantuan ini,” katanya dalam program pemberian BWI peringkat negeri Selangor, di sini, semalam.

Beliau menambah, dianggarkan seramai 3,507 ketua isi rumah menerima bantuan meliputi penduduk Taman Sri Muda, Seksyen 28 dan Kampung Bukit Changgang, Kuala Langat

Sementara itu, seorang suri rumah, R. Vivitha, 34, dia akan menggunakan duit tersebut untuk membeli kelengkapan rumahnya yang rosak.

“Duit RM1,000 ini dapat menampung sedikit perbelanjaan untuk membeli perabot baharu dan saya ucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan Malaysia atas pemberian bantuan ini,” katanya.

Seorang lagi penerima, Ar-Samer Abd. Sabur, 25, berkata, bencana berkenaan menyebabkan dia kerugian RM50,000, yang merangkumi kerosakan sistem pendawaian rumahnya serta dua kenderaan.

“Saya boleh panggil juruteknik elektrik segera untuk buat pemeriksaan sistem pendawaian. Banyak suis elektrik yang dipasang di rumah tidak boleh digunakan,” katanya yang sudah 12 tahun menetap di Taman Sri Muda. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya