PETALING JAYA: Semua pihak yang terlibat dengan kegagalan skuad Harimau Malaya dalam Piala AFF 2020 perlu mengambil tanggung jawab sama seperti bekas jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe dengan melepaskan jawatan masing-masing. Kegagalan Harimau Malaya mara ke separuh akhir pada kejohanan itu banyak mendedahkan kepincangan skuad negara, termasuklah faktor kesuntukan menyiapkan pasukan yang mantap di samping projek naturalisasi yang dianggap gagal mencapai matlamat. Malah, dengan jadual pusingan kelayakan Piala Asia 2023…










