Lelaki penggal kepala ibu didakwa Isnin ini - Utusan Malaysia

Lelaki penggal kepala ibu didakwa Isnin ini

LOKASI kejadian wanita maut dipenggal anak lelakinya sendiri di rumahnya di Kampung Baru Pasir Penambang di Kuala Selangor, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Lelaki yang memenggal kepala ibunya selepas marah tidak mendapat duit yang diminta dalam kejadian di Kampung Baru Pasir Penambang di sini, minggu lalu dijangka didakwa Isnin ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Ramli Kasa berkata, pihaknya sudah mendapat kebenaran lanjutan reman ke atas lelaki berusia 26 tahun itu hari ini.

 Menurut beliau, Mahkamah Kuala Selangor di sini membenarkan reman empat hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Reman ke atas suspek seminggu berakhir hari ini, namun dibenarkan untuk disambung pagi tadi.

“InsyaAllah, kita menjangkakan lelaki berkenaan didakwa di mahkamah sama Isnin ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ramli memberitahu, pihaknya sudah melengkapkan siasatan kes itu dan merujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan pendakwaan.

Terdahulu Utusan Malaysia melaporkan tragedi memilukan apabila kepala seorang wanita berusia 56 tahun ditemukan dalam rumah dipercayai akibat dipenggal anak lelakinya menggunakan parang.

Kejadian  pukul 5 petang, Sabtu itu disedari salah seorang anak mangsa yang gagal menghubungi mangsa sebelum dia segera pergi ke rumah berkenaan dan menemui ibunya dalam keadaan berlumuran darah.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.