Larry Sng Presiden Parti Bangsa Malaysia - Utusan Malaysia

Larry Sng Presiden Parti Bangsa Malaysia

TIGA Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak turut berada dalam pimpinan tertinggi Parti Bangsa Malaysia (PBM).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Teka-teki individu yang akan menyandang jawatan Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) akhirnya terjawab apabila Ahli Parlimen Julau, Larry Soon @ Sng diumumkan memegang jawatan tersebut selepas Mesyuarat Khas Persidangan Agung parti tersebut hari ini.

Menurut Larry, mesyuarat tersebut diadakan sebagai menurut kehendak Pendaftar Pertubuhan selaras perlembagaan PBM berikutan peletakan jawatan pemegang-pemegang jawatan utama.

“Mesyuarat hari ini telah dihadiri perwakilan dan pemerhati berdaftar dari seluruh negara.

“Hasil daripada pemilihan,  saya dipilih sebagai Presiden PBM dan Haniza Mohamed Talha dipilih sebagai timbalan saya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu media melaporkan baru-baru ini desas-desus Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin akan dilantik menjadi presiden parti tersebut.

Namun desas-desus tersebut terlerai apabila PBM mengumumkan Larry Sng sebagai presiden parti baru tersebut.

Mengulas lanjut Larry Sng berkata, PBM menyatakan hasrat mendokong kepimpinan kerajaan pusat hari ini.

“Kami juga berusaha keras memastikan agenda PBM dalam mengangkat hasrat pelbagai kaum dan berbilang bangsa di Malaysia dapat dilaksanakan selepas ini,”katanya.

28 Februari tahun lalu Larry Sng bersama Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong Shiau Yoon keluar PKR dan menyatakan sokongan kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya mereka dapat menyelesaikan isu rakyat yang masih tertunggak.-UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.