‘Kami menyangka air di situ tidak dalam’ - Utusan Malaysia

‘Kami menyangka air di situ tidak dalam’

IBU Mohd. Ahlan Kiram (duduk) ditenteramkan oleh ahli keluarganya sebaik jenazah anaknya ditemukan di Sungai Masai, Johor, semalam. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG: “Kami bermain bersama di sungai itu sebab menyangka air di situ tidak dalam. Ketika selipar kawan masuk ke sungai, kami bertiga masuk ke sungai untuk mengambilnya.

“Tidak semena-mena mereka tenggelam manakala rakan yang lain sempat menarik kaki untuk menyelamatkan diri saya.”

Kejadian yang menyayat hati itu memberi kesan yang mendalam buat rakan mangsa, Mohd. Azmil Rizuan, 13, yang turut berada di lokasi ketika tragedi itu berlaku.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, pada waktu itu, dia bersama enam rakannya yang lain bermain di kawasan berkenaan ketika air masih surut.

Mohd. Azmil yang masih trauma itu berkata, dia dan rakan-rakannya dikatakan cuba berenang untuk mendapatkan selipar salah seorang rakan yang dibawa arus.

“Masa main-main selipar kawan masuk di kawasan itu dan kawan saya tarik kaki saya,” ujarnya.

Mayat mangsa lemas itu ditemukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor dalam operasi mencari dan menyelamat sejak kelmarin.

Mayat Sharif Mohd. Sharizan Sabri, 11, ditemukan pada pukul 9.18 malam manakala jenazah Mohd. Ahlan Kiram, 14, ditemukan pukul 10.34 malam, tidak jauh daripada lokasi pertama.

Penolong Kanan Penguasa Bomba Zon 1 Johor, Hamdan Ismail berkata, seramai 21 pegawai dan anggota bomba termasuk sembilan daripada Unit Pasukan Penyelamatan di Air (PPDA) digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.15 petang semalam.

“Hasil operasi yang dijalankan, mangsa pertama (Sharif) ditemukan pada pukul 9.18 malam di lokasi kejadian itu.

Mengikut maklumat awal, Sharif dipercayai cuba mengambil seliparnya yang terjatuh di dalam sungai berkenaan.

“Difahamkan ,Mohd. Ahlan cuba membantu Sharif yang dilihat mula lemas ketika cuba mengambil selipar, namun percubaannya gagal dan kedua-dua lemas,” kata Hamdan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×