Kamarul Zaman seru kerjasama pegawai, anggota teruskan kecemerlangan Polis Johor - Utusan Malaysia

Kamarul Zaman seru kerjasama pegawai, anggota teruskan kecemerlangan Polis Johor

Timbalan Ketua Polis Negara. Datuk Razrudin Husain (tengah) meyaksikan pertukaran dokumen kuasa Ketua Polis Johor dari Pemangku Ketua Polis Johor Datuk Khaw Kok Chin (kiri) kepada Ketua Pois Johor yang baru Datuk Kamarul Zaman Mamat pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Johor dan Pengerusi PERKEP Kontinjen Johor di IPK, Johor Bahru disini. -UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Ketua Polis Johor yang baharu, Datuk Kamarul Zaman Mamat menyeru kerjasama pegawai dan anggotanya dalam memastikan kesinambungan kecemerlangan yang dilakar Polis Kontinjen Johor sebelum ini.

Menurutnya, beliau sedia menggalas tanggungjawab berkenaan sepenuhnya untuk memimpin Polis Johor agar cemerlang, khususnya di mata masyarakat.

“Demi menyambung kecemerlangan dan kejayaan kepimpinan terdahulu, saya memerlukan sokongan padu daripada ketua-ketua jabatan, ketua polis daerah, pegawai dan anggota lain-lain pangkat.

“Sehubungan itu, saya juga mengingatkan agar semua pihak memastikan integriti dan keikhlasan dalam berkhidmat dikekalkan dan jangan menjadi pembelot kepada pasukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap selepas tamat majlis serah terima tugas daripada Pemangku Ketua Polis Johor, Datuk Khaw Kok Chin di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Majlis bersejarah itu disaksikan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain.

Kamarul Zaman, 58, yang merupakan bekas Ketua Polis Kedah itu dilantik menggantikan Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman.

Kamarul Zaman yang dilahirkan di Tanah Merah, Kelantan mula menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada tahun 1988.

Sepanjang 34 tahun berkhidmat, beliau telah menjawat beberapa jawatan termasuklah Pengarah (Pelucuthak Harta/Perundangan/Tahanan) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah di IPK Johor. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN