PETALING JAYA: Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA) mengingatkan Kementerian Kesihatan tidak melayan jemaah umrah sebagai pelancong kerana aktiviti ke Tanah Suci adalah satu ibadah. Presidennya, Harun KC Ahmmu berkata, kementerian perlu mengambil kira pandangan-pandangan pemain industri umrah supaya keputusan yang dibuat adalah wajar dan tidak mendatangkan implikasi kepada jemaah dan pengendali umrah. Menurut beliau, penangguhan secara tiba-tiba diumumkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin adalah keputusan tidak wajar dan menandakan…