PETALING JAYA: Golongan pendidik seperti guru dan petugas Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) diingatkan tidak terlalu ‘ekstrem’ dalam berpolitik meskipun kegiatan tersebut sudah dibenarkan pada masa ini. Bercakap kepada Utusan Malaysia, bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, guru-guru perlu sedar bahawa mereka mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mendidik anak, maka kebenaran tersebut hanyalah sebagai aktiviti sampingan mereka dan bukannya dijadikan sebagai aktiviti utama. “Mereka kena patuh kepada…