Gerakan setia bersama PN - Utusan Malaysia

Gerakan setia bersama PN

OH TONG KEONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Parti Gerakan masih dalam perbincangan berhubung kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bakal ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak lama lagi.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden Gerakan, Oh Tong Keong berkata, parti itu akan tetap setia dan bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) pada PRN Johor tersebut.

Sehubungan itu juga, katanya, sebarang keputusan mengenai jumlah serta kawasan kerusi DUN yang akan ditandingi Gerakan kelak akan mengambil kira pandangan dan persetujuan dalam kalangan pemimpin PN.

“Parti Gerakan akan tetap bersama dengan PN dan berhubung kerusi yang bakal kami tandingi buat masa ini masih dalam peringkat perbincangan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Dalam pada itu, tambah Tong Keong yang juga Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, pihaknya tetap berpandangan PRN Johor tidak sepatutnya diadakan ketika isu ekonomi dan Covid-19 masih lagi memberi kesan kepada rakyat.

Bagaimanapun, menurut beliau, pihaknya terpaksa menerima hakikat PRN Johor itu tetap perlu diadakan dengan pengumuman pembubaran DUN Johor.

“Sehubungan itu, Gerakan akan berusaha sedaya upaya untuk meraih sokongan daripada rakyat Johor dalam PRN ini,” katanya.

Jelas beliau, Gerakan Pulau Pinang juga akan turun padang dan membantu jentera parti itu kelak bagi memastikan calon Gerakan diberi mandat oleh pengundi Johor.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN