PUTRAJAYA: Pemberian dana awam atau wang kerajaan kepada parti politik tidak sesuai dilaksanakan di negara ini walaupun dibuat di negara-negara maju yang mengamalkan pemerintahan demokrasi. Bercakap kepada Utusan Malaysia, bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar (gambar) berkata, Malaysia belum lagi bersedia untuk menggunakan wang rakyat bagi membantu parti-parti politik atas nama menyediakan keadilan gelanggang politik. Menurut beliau, keutamaan penggunaan wang hasil cukai daripada…










