PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) dianggap mempunyai kelebihan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor berikutan pembangkang yang tidak konsisten dan belum menemui rentak untuk bangkit daripada siri kekalahan pilihan raya sebelum ini. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar berkata, sebaliknya jika pembangkang berjaya bersatu di bawah satu khemah besar, situasi tersebut akan berubah dan membawa natijah buruk kepada BN. Jelasnya, UMNO sebagai parti utama dalam komponen…










