Banjir Negeri Sembilan pulih, semua PPS ditutup - Utusan Malaysia

Banjir Negeri Sembilan pulih, semua PPS ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Banjir di Negeri Sembilan pulih sepenuhnya dengan penutupan pusat pemindahan sementara (PPS) yang terakhir di Dewan Orang Ramai Kampung Puom, Jelebu semalam.

Pengarah Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) Negeri Sembilan, Leftenan Kolonel (PA), Mohd. Syukri Madnor berkata, PPS terakhir itu menempatkan enam individu daripada dua keluarga iaitu merupakan mangsa yang kehilangan rumah akibat banjir yang melanda pada 18 Disember lalu.

“Kesemua PPS di negeri ini telah ditutup sepenuhnya yang mana 44 PPS telah dibuka sejak 18 Disember lalu membabitkan tujuh daerah di negeri ini melibatkan Jempol, Jelebu, Kuala Pilah, Rembau , Seremban, Nilai dan Tampin. 

” Ia menjadikan kumulatif kes mangsa banjir 3,627 dengan 957 keluarga di seluruh negeri,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, daripada jumlah tersebut daerah Tampin iaitu di PPS Sekolah Kebangsaan Sungai Kelamah menempatkan mangsa banjir teramai iaitu 872 orang dengan 232 orang keluarga. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN