Bah boleh dielak jika sungai, parit didalamkan - Utusan Malaysia

Bah boleh dielak jika sungai, parit didalamkan

Kerugian harta benda akibat banjir di 50 daerah seluruh negara Disember tahun lalu dianggar mencecah RM6.5 bilion.-UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Banjir besar di Selangor Disember lalu boleh dielak jika sungai dan parit di negeri itu diselenggara serta didalamkan mengikut jadual oleh pihak berkuasa tempatan dan pakar-pakar saliran.

Hanya cara itu, masalah banjir besar atau sederhana boleh diuruskan secara efisien. Malaysia mempunyai sistem saliran terbaik di dunia dan dengan menyelenggara sistem yang sedia ada ia menjimatkan kos berbanding membina projek-projek baharu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Profesor Tetamu Bidang Kejuruteraan Awam (WAREM) di University of Stuttgart, Jerman, Tan Sri Prof. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, kerja-kerja penyelenggaraan parit dan sungai perlu dijalankan secara konsisten dan beramanah bagi mengelakkan aliran air tersekat.

Memuatkan artikel berkaitan…
Tan Sri Prof. Sahol Hamid Abu Bakar

“Sistem saliran yang ada dalam Malaysia bertaraf antarabangsa malah salah satu yang terbaik di dunia. Jika kita tidak peduli untuk menyelenggara, maka setiap tahun berkemungkinan kita mengalami banjir.

“Banjir ini boleh berlaku lagi tahun depan serta tahun-tahun seterusnya. Jika kita cadangkan membina terowong seperti konsep SMART, itu siap lima tahun atau lebih,” kata beliau ketika dihubungi semalam.

Menurut beliau, kerajaan perlu berfikir secara kritis dan pengurusan banjir perlu dilaksana sebelum berlaku banjir.

Sahol mengulas kejadian banjir yang melanda 50 daerah baru-baru ini sehingga mengakibatkan negara kerugian sehingga RM6.5 bilion.

Mengulas lanjut, Sahol yang juga bekas Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata, penguatkuasaan undang-undang haruslah dilaksanakan dengan tegas dan dipantau rapat bagi memastikan sistem saliran berfungsi dengan baik.

“Kenal pasti sungai perlu didalamkan seperti Sungai Damansara, Sungai Klang atau Sungai Langat.
“Sampah terkumpul menyebabkan air sungai tidak mengalir lalu menyebabkan air sungai melimpah.
“Jika ini dibetulkan maka tiada keperluan untuk mengeluarkan perbelanjaan bina projek banjir lain,” kata beliau.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×