Arahan baharu kuarantin individu dijangkiti Covid-19 - Utusan Malaysia

Arahan baharu kuarantin individu dijangkiti Covid-19

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Individu  positif Covid-19,  lengkap vaksinasi dan tidak bergejala kini diwajibkan menjalani pengasingan tujuh hari, manakala  bagi mereka yang tidak lengkap atau tiada vaksinasi atau bergejala 10 hari. 

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, untuk kontak rapat kepada kes positif, individu yang mendapat dos penggalak perlu menjalani kuarantin  lima hari manakala bagi yang  lengkap vaksinasi, belum lengkap atau tiada vaksinasi perlu menjalani perintah kuarantin selama tujuh hari. 

“Sekiranya kontak rapat tersebut bergejala, lakukan ujian pengesanan jangkitan Covid-19 menggunakan RTK-Ag sama ada kendiri atau ke fasilti kesihatan berhampiran bagi mendapatkan rawatan lanjut. Keputusan ujian kendiri hendaklah dimasukkan ke dalam MySejahtera. 

“Mereka juga perlu menjalani ujian RTK-Ag sama ada di fasiliti kerajaan atau swasta pada hari kelima (untuk kuarantin lima hari) dan hari ketujuh (untuk kuarantin tujuh hari) serta diberi pelepasan kuarantin pada hari sama ujian pengesanan RTK-Ag dijalankan sekiranya keputusan adalah negatif dan tidak bergejala,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 Menurut beliau, prosedur tersebut berkuat kuasa esok dan turut terpakai ke atas mereka yang sedang menjalani pengasingan dan kuarantin, manakala prosedur sedia ada bagi pengurusan pengembara yang baru tiba ke Malaysia masih terpakai.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, Kementerian Kesihatan meningkatkan kesiapsiagaan sistem perkhidmatan kesihatan dalam menghadapi kemungkinan peningkatan kes susula jangkitan varian Omicron dalam negara. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya