8 kes Omicron di Terengganu libatkan jemaah - Utusan Malaysia

8 kes Omicron di Terengganu libatkan jemaah

INDIVIDU yang baru pulang daripada mengungjungi negara berisiko mempunyai varian Omicron disaran dibawa terus ke pusat kuarantin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Lapan kes jangkitan Covid-19 varian Omicron dikesan di Terengganu dengan kesemuanya melibatkan jemaah umrah.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, daripada jumlah itu, sebanyak dua kes direkodkan di daerah ini, Dungun dan Besut manakala masing-masing satu kes di Kemaman serta Kuala Nerus.

Bagaimanapun, menurut beliau, kesemua kes berkenaan tidak mencetuskan kluster di samping tiada transmisi tempatan dalam kalangan kontak rapat pesakit.

“Kes pertama dikesan pada jemaah wanita ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum dia dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO).

“Kesemua lapan kes varian Omicron itu hanya melibatkan pesakit kategori satu dan dua namun, dua pesakit ditempatkan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) kerana mempunyai komobid,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sehingga 6 Januari lalu, jumlah kumulatif kes varian Omicron dicatatkan adalah 245 kes dengan 157 kes melibatkan jemaah umrah.

Kasemani berkata, pemeriksaan mendapati kelapan-lapan jemaah yang dijangkiti varian baharu itu mempunyai sijil vaksinasi Covid-19.

Dalam perkembangan sama, beliau memberitahu, bilangan kes Covid-19 di Terengganu kini  seramai 1,150 orang dengan 391 daripadanya ditempatkan di hospital di samping PKRC manakala baki 759 lagi di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC).

Setakat kelmarin, kata beliau, seramai 179,300 orang menerima dos penggalak bersamaan 24.9 peratus daripada jumlah populasi menerusi 69 pusat pemberian vaksin (PPV) aktif.

“Bermula hari ini, tiga lagi PPV off site akan beroperasi iaitu di Dewan Serbaguna Tepoh di Kuala Nerus diikuti Dewan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (Dungun) dan di rumah kedai Padang Leban di Bukit Payung, Marang,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN