76 pelajar Kolej Vokasional Melaka Tengah positif Covid-19 - Utusan Malaysia

76 pelajar Kolej Vokasional Melaka Tengah positif Covid-19

Dr. Muhamad Akmal Saleh
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seramai 76 pelajar Kolej Vokasional Melaka Tengah, Bukit Katil di sini disahkan positif Covid-19 dipercayai berpunca daripada ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP), semalam. 

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, kolej tersebut turut diarahkan tutup serta merta selama tujuh hari bermula Jumaat lalu bagi mengawal penularan jangkitan. 

“Satu ujian saringan telah dilakukan terhadap 176 pelajar vokasional terbabit dan sehingga semalam, 76 daripadanya dikesan positif Covid-19, manakala tiga lagi menunggu keputusan.

“Saringan ini dibuat sebaik sahaja indeks kes membabitkan seorang pelajar perempuan dikesan pada 14 Januari lalu,” katanya. 

Mengulas lanjut, beliau berkata, penilaian risiko mendapati, kemungkinan besar penularan berlaku disebabkan ketidakpatuhan SOP di tempat berisiko seperti surau dan bilik asrama. 

“Indeks kes telah kembali ke kolej tersebut pada 9 Januari sebelum mula bergejala tiga hari kemudian.

“Kita percaya penularan kes berlaku kerana kegagalan mematuhi SOP dengan pelajar yang bergejala masih hadir ke kelas, sebelum menjangkiti rakan-rakan yang lain,” katanya.

Tambahnya, 71 kes positif adalah membabitkan 66 pelajar lelaki, manakala selebihnya merupakan perempuan. 

Muhamad Akmal berkata, kes tersebut turut diisytiharkan sebagai Kluster Jalan Tun Telani oleh Kementerian Kesihatan (KKM) semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.