71 murid di Melaka terkandas di PPS - Utusan Malaysia

71 murid di Melaka terkandas di PPS

RAIS Yasin ketika ditemui pemberita di SK Tanjung Minyak, Paya Rumput, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seramai 71 murid tidak dapat memulakan sesi persekolahan secara bersemuka hari ini susulan terkandas di tiga buah pusat pemindahan sementara (PPS) bencana banjir.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Teknologi negeri, Datuk Rais Yasin berkata, kesemua yang terlibat merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Penghulu, SK Seri Mendapat dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Rambai.

Menurutnya, pada hari ini, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) merekodkan seramai 85,136 murid sekolah rendah dan 65,219 pelajar sekolah menengah telah memulakan sesi persekolahan.

“Bagaimanapun, terdapat 71 lagi murid dan pelajar kita yang masih berada di tiga buah PPS di daerah Jasin susulan terjejas dalam bencana banjir yang melanda baru-baru ini.

“JPN akan membantu golongan ini termasuk mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian untuk mereka, dalam memastikan tiada pelajar yang keciciran,” katanya ketika ditemui pemberita di SK Tanjung Minyak, Paya Rumput di sini pagi tadi.

Tambahnya, pihaknya juga sedang berurusan dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk memastikan para pelajar yang terjejas diberikan buku teks baharu serta kelengkapan alat tulis.

Mengulas lanjut, Rais berkata, sejak bencana banjir melanda Melaka pada 31 Disember lalu, sebanyak 16 buah sekolah telah dijadikan PPS dan terkini hanya tiga buah masih digunakan.

“Daripada 16 sekolah, hanya tiga sahaja yang masih digunakan sebagai PPS di Jasin  termasuklah kes murid dan pelajar yang terkandas, mereka bersekolah di situ,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memberitahu, seramai 36 guru di negeri ini tidak terlibat dalam pembelajaran secara bersemuka ekoran belum mendapatkan suntikan vaksin.

“JPN sedang berusaha memujuk segelintir mereka yang enggan, selebihnya belum mendapatkan suntikan kerana bimbang dengan masalah kesihatan dihidapi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN