350 pelajar lepasan PERDA-TECH miliki kemahiran teknologi Perodua - Utusan Malaysia

350 pelajar lepasan PERDA-TECH miliki kemahiran teknologi Perodua

MAHDZIR Khalid menyaksikan memorandum perjanjian persefahaman antara Pengurus Besar PERDA, Datuk Rosman Hashim (dua kiri) dan Pengarah PSSB, Rozman Hashim (dua kanan) pada majlis menandatangani Persefahaman (Diperbaharui) di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA:  Seramai 350 pelajar lepasan sijil dan diploma automotif Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) mendapat pendedahan kemahiran teknologi daripada Perodua sepanjang lima tahun.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sebagai sebuah institusi pendidikanmenawarkan kursus Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), PERDA-TECH sentiasa bergerak ke hadapan dengan menawarkan program pengajian kemahiran selari dengan kehendak industri.

Menurutnya, salah satu bidang pengajian kemahiran yang ditawarkan di peringkat sijil dan diploma serta sentiasa mendapat permintaan tinggi daripada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ialah automotif.

“Dalam tempoh 2016 hingga tahun lalu, seramai 350 pelajar lepasan sijil dan diploma automotif PERDA-TECH mendapat pendedahan teknologi daripada Perodua sepanjang lima tahun kerjasama ini,” katanya pada Majlis Menandatangani Persefahaman (Diperbaharui) antara Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) dengan Perodua Sales Sdn. Bhd. (PSSB) hari ini.

Mahdzir berkata, bagi membolehkan program pengajian automotif di PERDA-TECH terus kekal relevan dan berdaya saing, pihak pengurusan PERDA akan memastikan program itu sentiasa cakna dengan perkembangan teknologi terkini.

“Pada 18 Februari 2016, PERDA dan PSSB memeterai memorandum persefahaman untuk bekerjasama dalam bidang latihan automotif yang berkuat kuasa untuk tempoh lima tahun daripada tarikh ia ditandatangani iaitu sehingga 17 Februari tahun lalu.

“PERDA dan PSSB juga akan memperbaharui kembali persefahaman ini berkuat kuasa dari 18 Februari 2021 dan tamat pada 17 Februari 2026,” ujarnya.

Tambahnya lagi, sepanjang kerjasama ini berkuat kuasa, pihak PSSB memberi komitmen baik dalam memenuhi objektif dan terma-terma bidang kerjasama yang dipersetujui bersama dalam memorandum persefahaman tersebut.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya