30,000 ujian calitan percuma bendung penularan Covid-19 pintu sempadan negara - Utusan Malaysia

30,000 ujian calitan percuma bendung penularan Covid-19 pintu sempadan negara

(DARI kiri) Ketua Pegawai Eksekutif Dataprep Asia Sdn Bhd, Phua Kia Joo; Datuk Dr Khalid Ibrahim; Kapten Mahadzir Mansor dan presiden MiTDA, Datuk Noorzaleha Baharudin bersama peralatan teknologi Korea yang digunakan untuk ujian Real Time ( RT) PCR ,( molecular) yang boleh memberikan keputusan saringan 100 peratus dalam tempoh satu jam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiga pihak baru-baru ini bergabung tenaga bagi memberikan 30,000 ujian kit Ujian Pantas Tindak Balas Berangkai Polimerase (RT-PCR) secara percuma bagi memastikan kelancaran pengurusan kemasukan pelancong di pintu sempadan negara.

Tiga pihak berkenaan, iaitu Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MiTDA), Asia Coding Centre dan Dataprep Asia menjalin kerjasama tersebut bagi membantu kerajaan membendung pandemik Covid-19 khususnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) .

Ketua Pegawai MiTDA, Kapten Mahadzir Mansor berkata, jalinan kerjasama tersebut amat tepat pada masanya bagi memastikan proses kemasukan pelancong luar negara dan pelancong tempatan yang ingin pulang ke dalam negara berjalan lancar dan sempurna. 

“Pemberian 30,000 ujian RT-PCR secara percuma ini juga sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan daripada kos untuk menjalani ujian saringan ketika pulang dari luar negara. 

“Terima kasih kepada Asian Coding Centre & Dataprep Asia diatas inisiatif ini yang melibatkan peruntukan lebih RM7.5 juta. 

“Dalam konteks pelancongan, kita mahu memberi gambaran imej yang positif dalam kalangan pelancong yang baru tiba di negara ini. 

“Dengan penggunaan teknologi Mico Bio Med dari Asia Coding ini yang bukan sahaja dapat membuat ujian bagi pengesahan 100 peratus varian Covid-19, tetapi teknologi ini juga dapat mengesan virus atau bakteria yang lain selain Covid-19 yang mungkin dihadapi oleh sesiapa sahaja lebih lagi kepada pelancong yang keluar atau masuk ke negara kita,” katanya dalam satu kenyataan. 

Tambah Mahadzir, MiTDA mengorak langkah menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak bagi memulihkan industri pelancongan dan juga merancakkan semula ekonomi negara apabila serangan Covid-19 berkurangan.

“Apa yang penting adalah persiapan. Kita mesti bersedia bagi menyambut pelancong yang akan ke Malaysia dari aspek revenge tourism

“Kunjungan mereka ini akan menyumbang kepada peningkatan ekonomi kepada negara sekali gus kepada rakyat, dari segi pendapatan negara dan rakyat. 

“MiTDA akan berusaha bagi menjadikan negara kita selamat dan pilihan pelancong. Akhirnya kita akan meletakkan Malaysia in the eyes of the world,” katanya . 

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi (COO) Asia Coding Centre, Datuk Dr.Khalid Ibrahim berkata, teknologi RT-PCR ialah masa, kualiti , sensitiviti, spesifikasi adalah sama dengan PCR konvensional yang ketika ini memakan masa lima hingga lapan jam. 

“Teknologi ini boleh membantu mengesan dalam masa sejak  jam dan dengan mendapat keputusan segera, pelancong atau rakyat yang pulang lebih yakin untuk pulang sama ada kurantin di rumah atau di hotel. 

“Dengan keputusan yang cepat dalam masa satu jam, seandainya positif, pesakit ini boleh diasingkan lebih awal dan sampel ini boleh segera dibuat genome typing untuk mengenali jenis varian yang dibawa. 

“Dengan mengetahui jenis variant, maka kawalan kesihatan awam dapat disegerakan,” jelasnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya