29 lagi pelajar Naim Lilbanat positif Covid-19 - Utusan Malaysia

29 lagi pelajar Naim Lilbanat positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seramai 29 lagi pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Naim Lilbanat, positif Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan 73 kes di sekolah itu hari ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, kesemua kes tersebut daripada Kluster Embi Telipot dan membabitkan pelajar yang tinggal di asrama sekolah itu di sini serta di Jeli.

“Kluster Embi Telipot hanya dikesan di dua daerah tersebut dan masih terkawal. Pemantauan akan dibuat dari semasa ke semasa untuk memastikan ia tidak merebak ke kawasan lain.

“Pelajar yang positif dan bergejala akan diasingkan manakala kontak rapat menjalani kuarantin di asrama. Mereka dipantau pihak sekolah dengan bantuan petugas kesihatan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Dr. Zaini berkata, kesemua pelajar berumur antara 13 hingga 18 tahun itu dinasihatkan supaya terus menjaga diri dan memaklumkan kepada pihak sekolah sekiranya mereka mempunyai gejala.

Akhbar ini hari ini melaporkan, seramai 44 pelajar asrama sebuah sekolah berasrama penuh di Jalan Telipot di sini, dikesan positif Covid-19, sehingga semalam.

Ekoran kes itu, proses pengajaran dan pembelajaran bersemuka sekolah itu ditangguhkan bermula semalam sehingga 25 Januari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.