16,000 ekor babi dijangkiti ASF selesai dimusnahkan minggu depan - Utusan Malaysia

16,000 ekor babi dijangkiti ASF selesai dimusnahkan minggu depan

Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterina, Datuk Noorlizan Mohd Noor dalam sidang akhbar webinar pelaksanaan penguatkuasaan aktiviti melibatkan haiwan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 di Wisma Tani di sini, hari ini. GAMBAR : FAISOL MUSTAFA PEMBERITA : EDDY (UTUSAN)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pelupusan sebanyak 16,000 ekor babi daripada 19 kandang ternakan haiwan itu yang dijangkiti Demam babi Afrika (ASF) di Paya Mengkuang, Melaka, dijangka selesai minggu depan.

Ketua Pengarah Veterinar, Datuk Dr. Norlizan Mohd. Noor berkata, angka itu dikenal pasti menerusi pemeriksaan terhadap 35 kandang babi yang dijangkiti virus berkenaan.

Menurut beliau, setakat ini, sebanyak 13,000 ekor babi sudah dimusnahkan menggunakan kaedah karbon dioksida bekepekatan tinggi (high concentration co2).

“Kaedah pelupusan ini mengguna pakai kod Amalan Kebajikan Haiwan untuk tujuan pemusnahan haiwan ternakan yang mana cara lainnya adalah ditembak namun kita gunakan high concentration co2 untuk mematikan sebelum ditanam,” katanya dalam sidang akhbar webinar pelaksanaan penguatkuasaan aktiviti melibatkan haiwan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 di Wisma Tani di sini hari ini.

Menurut Dr. Norlizan, pihaknya terpaksa melupuskan bilangan babi yang banyak bagi mengekang penularan virus berkenaan yang amat mudah merebak.

Katanya, virus itu mudah menular menerusi sentuhan, cecair badan seperti darah atau hingus babi, kutu babi serta pembawaan daripada kenderaan atau pakaian orang perseorangan yang keluar masuk ladang.

“Susulan itu, pihak terlibat dinasihati meningkatkan tahap biosekuriti mereka termasuk mengawal selia setiap pergerakan keluar masuk ladang.

“Malah, Jabatan Perkhidmatan Veterinar turut mengetatkan permit pemindahan dan produk babi di antara ladang-ladang di Paya Mengkuang,” katanya.

Bagaimanapun, Norlizan menegaskan bahawa orang ramai tidak perlu bimbang memandangkan ASF tidak akan menjangkiti manusia, sebaliknya hanya spesifik kepada babi sahaja serta penghapusan babi yang banyak itu tidak akan memberi kesan kepada bekalan keperluan babi.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya