(VIDEO) Lori berasap langgar tiang stesen minyak - Utusan Malaysia

(VIDEO) Lori berasap langgar tiang stesen minyak

KEADAAN lori yang berasap selepas melanggar tiang sebuah stesen minyak di Kuala Selangor, Selangor semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Akibat tertekan pedal minyak, lori dipandu seorang lelaki melanggar tiang sebuah stesen minyak di sekitar pekan ini, semalam.

Kejadian kira-kira pukul 3.40 pagi itu mengakibatkan kerosakan di bahagian belakang lori berkenaan sehingga mengeluarkan kepulan asap.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, ketika kejadian lelaki berusia 29 tahun itu berhenti untuk mengisi minyak di stesen minyak tersebut.

Katanya, pemandu lori itu dikatakan bergerak ke hadapan lalu berhenti untuk mengundur dan mengambil jarak selamat.

“Namun, dia tertekan pedal minyak dan kemudian mengundur lalu melanggar tiang stesen minyak berkenaan. Pelanggaran itu menyebabkan lori berkenaan mengalami kerosakan dan berasap,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Ramli, siasatan lanjut mendapati tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan tidak melibatkan kenderaan lain dan kes disiasat mengikut Rule 17 LN 166/59.

– MEDIA SOSIAL

Terdahulu, tular satu video berdurasi 35 saat ang memaparkan sebuah lori mengeluarkan kepulan asap di sebuah stesen minyak sehingga menimbulkan kerisauan kepada orang awam.

Sementara itu, Ketua Pusat Gerakan Operasi Bomba Selangor, Zulfikar Jaffar berkata, pihaknya menerusi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) ke lokai kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.53 pagi.

“Pemeriksaan mendapati asap hanya melibatkan sebuah lori dan tiada kebakaran lain terutama stesen minyak itu. Keadaan terkawal dan mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya