‘Saya lama mengenali Sabbaruddin’ - Muhyiddin - Utusan Malaysia

‘Saya lama mengenali Sabbaruddin’ – Muhyiddin

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan takziah  kepada keluarga Tan Sri Sabbaruddin Chik yang kembali ke Rahmatullah, semalam. 

Menurut Muhyiddin, beliau secara peribadi telah lama mengenali Allahyarham ketika dalam politik dan pernah bersama-sama berkhidmat sebagai menteri Kabinet. 

“Takziah kepada ahli keluarga bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Tan Sri Sabbaruddin Chik yang kembali ke Rahmatullah, semalam. Saya mendoakan agar seluruh ahli keluarga Allahyarham bersabar dan tabah berhadapan saat-saat menyedihkan ini. 

“Marilah sama-sama kita berdoa agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman serta beramal soleh. Al-Fatihah,” kata beliau Facebook beliau hari ini.

Sabaruddin, 80, menghembuskan nafas terakhirnya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada pukul 7.45 malam semalam setelah seminggu dimasukkan ke dalam wad kerana positif Covid-19.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara sekitar pukul 10.40 pagi dengan proses pengebumikan dilaksanakan prosedur operasi standard (SOP).

Terdahulu, jenazah Sabaruddin dibawa keluar dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sekitar pukul 10 pagi setelah urusan Tayamum dan Solat Jenazah disempurnakan

Lulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera Universiti Malaya (UM) itu memulakan karier politiknya sebagai Ahli Parlimen Temerloh bermula 1982 sehingga 1987 dan pernah menjadi Timbalan Menteri Kewangan (1982 hingga 1987) dan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan (1987 hingga 1997).

Beliau yang pernah menjadi Setiausaha Agung UMNO itu pernah dilantik sebagai Pengerusi Amanah Raya Berhad dan  Pengerusi Bank Rakyat.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN