Polis Perak kutip RM1.04 juta bayaran saman - Utusan Malaysia

Polis Perak kutip RM1.04 juta bayaran saman

ORANG ramai membuat semakan dan pembayaran saman di kaunter trafik IPK Perak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Lebih RM1.04 juta bayaran saman dikutip dalam tempoh tiga hari selepas diskaun 50 peratus pengurangan ditawarkan kepada pesalah trafik di negeri ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak, Superintenden Azizan Hassan berkata, jumlah direkodkan bermula 1 hingga 3 Disember itu membabitkan lebih 9,000 saman atas pelbagai kesalahan.

Menurut beliau, pembayaran saman diperolehi di semua kaunter saman Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) negeri ini. 

“Dalam tempoh tiga hari pertama, hampir 3,000 pelanggan datang untuk menyemak dan membuat pembayaran saman.

“Lebih 9,000 saman diselesaikan oleh pesalah trafik yang mengambil peluang menyelesaikan bayaran sempena penawaran diskaun sehingga 50 peratus,” katanya di sini hari ini.

Azizan berkata, orang ramai boleh membuat semakan dan pembayaran di semua kaunter di seluruh daerah kontinjen Perak bermula pukul 9 pagi hingga 4 petang waktu bekerja manakala diskaun tersebut akan berakhir pada 30 Disember ini.

“Tawaran itu tidak termasuk bagi kes saman kemalangan tahun 2021, saman tidak boleh kompaun (NC), berstatus bicara mahkamah, berkaitan kenderaan lori dan kesalahan pengubahsuaian ekzos kenderaan. 

“Selain itu, empat kesalahan tahun 2021 lain adalah memotong secara berbahaya atau potong ‘Q’, menggunakan lorong kecemasan, melanggar lampu isyarat merah dan memotong di garisan berkembar,” katanya. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya