Polis kesan sembilan kenderaan memandu di lorong kecemasan - Utusan Malaysia

Polis kesan sembilan kenderaan memandu di lorong kecemasan

TANGKAP layar video tular menunjukkan kenderaan yang memotong barisan dengan menggunakan lorong kecemasan dari arah Sunggala ke Sua Betong memasuki Lebuh Raya Seremban-Port Dickson petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Pihak polis meminta sembilan pemilik kenderaan yang didapati memotong barisan dengan menggunakan lorong kecemasan seperti video yang tular di Facebook hari ini untuk hadir ke Balai Trafik Port Dickson bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, kejadian yang berlaku antara pukul 2 hingga 3 petang tadi menunjukkan pergerakan kenderaan semasa itu dari arah Sunggala ke Sua Betong memasuki Lebuh Raya Seremban-Port Dickson.

“Pihak polis telah mengenal pasti butiran pemilik dan jenis kenderaan yang melakukan kesalahan tersebut iaitu kereta Proton Ertiga dengan nombor pendaftaran JSU 7346, Proton Axia (NDF1629) Proton Saga (ALR 7776), Proton Gen2 (CBS 5433).

“Seterusnya Toyota Hilux (JLV 7267), Proton Iswara (NBM 1706), Mitsubisihi Triton (MBG 3678), Proton Wira (NAV 7097) dan Perodua Myvi (VBB 1806),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Video berdurasi 43 saat di media sosial ‘Port Dickson Area’ menunjukkan aksi sembilan buah kenderaan memotong barisan dengan menggunakan lorong kecemasan.

Aidi Sham berkata, pihak polis menyeru semua pengguna jalan raya supaya tidak mementingkan diri dan mengamalkan sikap bersabar semasa memandu serta mematuhi peraturan lalu lintas dalam apa jua keadaan bagi mengelak sebarang kesulitan.

Tambah beliau, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 279 Kanun Keseksaan /Kaedah 53(1) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya