[VIDEO] Pengantin didukung undang reaksi warganet - Utusan Malaysia

[VIDEO] Pengantin didukung undang reaksi warganet

TANGKAP layar rakaman video kedua-dua mempelai didukung untuk dibawa ke tempat persandingan baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jarang sekali kita dapat melihat perkahwinan Melayu yang menggunapakai adat tradisi lama iaitu mendukung kedua-dua pengantin sebagai meraikan raja sehari.

Namun, baru-baru ini, tular dalam media sosial mengenai adat itu yang ‘dihidupkan’ semula yang dimuat naik oleh pemilik akaun  Facebook, Reno Ren.

Tanpa mengetahui lokasi dan gerangan pengantin, aksi diusung untuk ke pelamin tersebut amat mencuit hati dan menyentuh reaksi pelbagai warganet.

TULAR rakaman video di Facebook mengenai pasangan mempelai didukung untuk dibawa ke pelamin.

Warganet rata-ratanya menyokong dan terhibur dengan adat berkenaan yang dilihat comel dan wajar diketengahkan dalam mana-mana majlis perkahwinan akan datang.

Tidak kurangnya ada yang mencemuh dan sakit mata dengan aksi berkenaan selain melemparkan komen yang menghina bentuk tubuh badan pengantin.

“Esok mesti tukang angkat tu mimpi angkat yang lebih besar lagi..apa-apa pun semoga bahagia…,” kata Abin Alter dalam komen Facebook.

“Doa kan yang baik-baik aje…semoga ke jannah,” kata Masyitah Abd Rasyid Mamy.

Sarah Muzaffar pula berkata, “Bahagia nya satu family sporting..”

Mami Jue membalas komen, “Tahniah…pada pasangan pengantin…dan keluarga.. meriahhhh sekali sekala… seronok Walaupun berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul..janji happy kan.” -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya