Pegawai maritim tidak mengaku terima rasuah  RM26,200  - Utusan Malaysia

Pegawai maritim tidak mengaku terima rasuah  RM26,200 

MOHD. NORIZAN Yahaya (tengah) tidak mengaku bersalah selepas didakwa atas 32 pertuduhan menerima suapan dari seorang nelayan di Mahkamah Sesyen Kuantan di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/ DIANA SURYA ABD. WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seorang pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan semalam atas 32 pertuduhan menerima suapan RM26,200 daripada nelayan, empat tahun lalu. 

Bagaimanapun, Mohd. Norizan Yahaya, 46, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd. Zani. 

Berdasarkan kertas pertuduhan, Mohd. Norizan didakwa melakukan kesalahan tersebut di antara 13 Mei 2018 hingga 30 Mei 2019 di Bank Islam Malaysia Berhad Cawangan Mahkota Square Jalan Mahkota, Kuantan.

Dia yang ketika itu menjawat jawatan sebagai Bintara Kanan Maritim, dituduh menerima suapan melalui akaun bank miliknya dengan jumlah antara RM200 hingga RM1,000 daripada Neo Siang Joo yang dipercayai mempunyai kaitan dengan tugasnya sebagai pegawai penguat kuasa di Zon Maritim Kuala Kedah, Kedah. 

Suapan itu didakwa diterima tertuduh sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap bot milik Siong Joo. 

Kes pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika didapati bersalah. 

Mahkamah membenarkan ikat jamin RM15,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin dan kes ditetapkan untuk sebutan  semula 6 Januari tahun depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.