[PARLIMEN] Kerajaan perkenal konsep Sekolahku Sejahtera - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] Kerajaan perkenal konsep Sekolahku Sejahtera

RADZI JIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Konsep Sekolahku Sejahtera akan diperkenalkan Kementerian Pendidikan.

Jelas Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin, ia kini berada peringkat akhir dalam sesi libat urus berkaitan perkara itu.

Mengulas lanjut, konsep Sekolahku Sejahtera mempunyai 14 elemen yang memerlukan guru menetapkan nilai murni secara semula jadi.

“Buli berlaku apabila ramai anak-anak kita yang tidak bertindak secara rasional. Masing-masing mengambil tindakan kerana merasakan mereka berada dalam kelompok ramai dan boleh membuli sahabat-sahabat lain.

“Oleh itu, kementerian akan memperkenalkan konsep Sekolahku Sejahtera,” katanya semasa Penggulungan perbahasan Rang Undang-undang (RUU) 2022 Peringkat Jawatankuasa Kementerian Pendidikan di Dewan Rakyat hari ini.

Jelas Radzi, konsep itu tidak melibatkan pewujudan mata pelajaran baharu.

“Sebagai contoh apa yang saya sebut tadi bahawa rasional anak-anak kita tidak didedahkan di peringkat awal mengenai keperluan membuat keputusan dengan rasional.

“Jika mereka memikirkan secara rasional dan tahu tindakan itu tidak betul akan memberi kesan kepada diri, keluarga dan masa depan mereka,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN