KOTA BHARU: Tiga daerah di Kelantan, Jeli, Kuala Krai dan Pasir Mas manakala Dungun di Terengganu menjadi jajahan terawal dilanda gelombang kedua banjir selepas paras air sungai-sungai utama naik mendadak akibat hujan lebat sejak semalam. Setakat pukul 5 petang semalam, kerajaan negeri menerusi portal ebanjir.gov.my melaporkan lapan pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka sejak pagi bagi menempatkan 744 mangsa daripada 206 keluarga. Tujuh PPS terbabit dibuka di Jeli menempatkan 690 mangsa…