PETALING JAYA: Dianggarkan 15 peratus daripada 100,000 graduan kejuruteraan bekerja mengikut pengkhususan masing-masing dalam tempoh dua tahun ini manakala selebihnya di luar bidang ekoran kurang peluang pekerjaan dan gaji tidak setimpal dengan beban kerja. Pada tahun ini Malaysia dianggarkan melahirkan kira-kira 50,000 siswazah kejuruteraan dan daripada jumlah itu hanya 6,500 hingga 7,500 yang bekerja sebagai jurutera manakala tahun 2020 pula seramai 54,000 siswazah kejuruteraan dengan 7,560 mendapat kerja. Mereka merupakan…










