Guru digantung tugas selepas tuduh pelajar Islam ‘bawa masalah’ - Utusan Malaysia

Guru digantung tugas selepas tuduh pelajar Islam ‘bawa masalah’

GURU tersebut mengajar di Sekolah Katolik Joseph-Wresinski d'Angers, Paris. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Seorang guru di Perancis digantung tugas selepas dia melahirkan kebimbangan akan menjadi seperti ‘Samuel Paty seterusnya’ selepas membuat tuduhan berbaur perkauman terhadap pelajar beragama Islam.

Lapor Daily Mail, guru yang mengajar di Sekolah Katolik Joseph-Wresinski d’Angers dituduh bersifat perkauman terhadap pelajar Islam selepas mengajak mereka ‘menukar agama’ atas alasan orang Islam menjadi masalah di sekolah itu. 

“Sekolah Katolik sepatutnya menerima pelajar Katolik sahaja,” kata guru itu. 

Namun, ucapan guru itu tidak disokong malah pelajar lain membela rakan sekelas mereka yang beragama Islam.  

“Sekolah Katolik bukan hanya dikhususkan untuk penganut Katolik sahaja,” kata pelajar lain. 

Sejurus itu, pelajar terbabit membuat laporan di balai polis Angers mengenai guru berkenaan, iaitu dua hari selepas dia melemparkan tuduhan terbabit pada 2 Disember lalu.

Guru itu kemudiannya cuba menyelamatkan diri dengan membuat aduan pada hari berikutnya dengan alasan pelajar itu bersalah atas dakwaan ‘keganasan fizikal dan lisan terhadap seseorang dalam perkhidmatan awam’. 

Pihak sekolah bagaimanapun terus bertindak menggantung tugas guru itu dan pendakwa raya memaklumkan siasatan mengenai aduan tersebut sedang dijalankan. 

Tahun lalu, Samuel Paty yang merupakan guru sejarah di Perancis dibunuh oleh seorang remaja selepas mangsa menunjukkan karikatur yang merujuk Nabi Muhammad SAW semasa sesi pembelajaran mengenai kebebasan bersuara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN