Cipta kejayaan berkat doa ibu bapa, pemilik NKMH hadiahkan kejutan - Utusan Malaysia

Cipta kejayaan berkat doa ibu bapa, pemilik NKMH hadiahkan kejutan

Pengasas NKMH Media Sdn Bhd, Hafiz Yahaya dan Nissa Rosli menhadiahkan ibu bapa mereka sebuah kereta mewah dan pakej umrah sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang tidak berbelah bahagi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Majlis santai pelancaran pejabat urusan atau wisma agensi pengiklanan dan rundingan media, NKMH Media Sdn. Bhd yang diadakan di Setia Alam baru-baru ini bertukar menjadi sebuah momen yang mengharukan hati.

Ini kerana, pemilik empayar syarikat bumiputera tersebut iaitu pasangan suami isteri, Hafiz Yahaya dan Nissa Rosli sempat membuat kejutan istimewa dengan menghadiahkan kereta mewah jenis Mercedes Benz selain pakej menunaikan umrah kepada kedua orang tua mereka, Che Yahaya Talib, 57, dan Salina Sahat, 51.

Hafiz yang bertindak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif syarikat terbabit berkata, kejayaan yang dirinya tempa bersama isteri sejak lima tahun lalu mungkin tidak akan berhasil dan berjaya seperti sekarang andainnya tidak diiringi dengan berkat doa kedua ibu bapa mereka.

“Ini bukan gimik. Tapi tanda hati saya dan isteri untuk ibu bapa kami. Sejak pandemik Covid-19 melanda dunia, kami jarang balik bertemu mereka.

“Hadiah ini tak seberapa jika mahu dibandingkan dengan apa yang mereka lakukan kepada saya sejak kecil.

“Lagipun kereta mewah itu antara idamannya selama ini, namun tak berhasil dimiliki sendiri. Lalu dengan apa yang saya raih, apa salahnya jika kami berdua hadiahkan sesuatu yang cukup simbolik di hatinya,” kata Hafiz.

Menurut Hafiz, bapanya itu merupakan seorang pesara polis dan kali terakhir memikul amanah dan berkhidmat adalah ketika bersama Pasukan Gerakan Marin Wilayah 1, Pulau Pinang.

“Saya sendiri juga pernah bertugas sebagai anggota polis berpangkat Koperal. Tapi saya nekad ambil tindakan melepaskan jawatan tersebut pada 8 September lalu dan sepenuh masa mengukuhkan empayar syarikat ini bersama isteri.

“Saya cuba buktikan dengan berniaga sendiri juga boleh berjaya berbanding makan gaji,”katanya.

Sementara itu, Nissa atau nama penuhnya, Nur Khairunnisa Rosli selaku Pengarah Urusan berbangga usaha sejak lima tahun lalu terus membuahkan hasil.

Syarikat bumiputera ini mempunyai wisma sendiri sejak hujung September lalu dan mempunyai 33 orang pekerjanya.

Sebelum itu, NKMH bertapak dalam industri di sebuah premis rumah kedai di Petaling Jaya sejak April 2017.

“Bukan satu perjalanan mudah untuk sampai ke tahap ini. Namun kami bersyukur dan bertuah kerana bertemu insan hebat sepanjang perjalanan ini.Termasuk mentor dalam bidang perniagaan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman.

“Awalnya kami cuma beroperasi dengan satu telefon bimbit dan komputer riba selain bergantung lokasi ada wifi. Kini kami turut berkembang dengan tuntutan semasa yang bergantung kepada saluran digital termasuk menggunakan khidmat pempengaruh media sosial.

“Sehingga kini, lebih 500 usahawan tempatan yang telah berjaya menempa nama bersama kami antaranya Sugarbomb, Eskayvie, Aqiqah Centre dan banyak lagi. 800 unit billboard di lebuh raya rata rata ditakluk klien kami,” katanya.

Dengan slogan #BeyondYourBrandSuccess, syarikat ini mensasarkan 10,000 usahawan secara konsisten dari tahun depan hingga menjelang 2030.

“Kami cuba memahami apa keperluan dan masalah mereka nak capai menerusi platform disediakan. Kami nak terus bantu lebih ramai usahawan menyerlahkan jenama mereka,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya