BN guna pendekatan baharu dekati pengundi 18 tahun - Utusan Malaysia

BN guna pendekatan baharu dekati pengundi 18 tahun

ZAMBRY Abd. Kadir merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Lumut di Seri Manjung di Lumut, Perak, hari ini. - UTUSAN/SHAMSUL KAMAL AMARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT:  Barisan Nasional (BN) melakukan beberapa pendekatan baharu bagi mendekati 5.8 juta golongan berusia 18 hingga 21 tahun yang berdaftar sebagai pengundi secara automatik mulai Rabu ini.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, apa yang paling mustahak adalah BN perlu mengetahui pemikiran, cita rasa dan kehendak mereka dan parti itu juga perlu mendengar pandangan serat suara kumpulan pengundi tersebut.

“Kita tidak boleh membiarkan seolah-olah kita tidak mengambil apa-apa langkah dengan mengarahkan mereka melakukan itu dan ini (tetapi tidak mendengar suara dan kehendak mereka).

“(Pengundi dalam usia tersebut) adalah pengalaman baru bukan hanya kepada parti di peringkat kerajaan tetapi juga saya percaya di peringkat pembangkang pun mereka tercari-cari juga daripada segi kumpulan ini di mana mereka sebenarnya dan apa pemikiran dan kecenderungan mereka (dalam membuat pilihan ketika mengundi),” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Lumut di Seri Manjung, di sini hari ini.

Zambry yang juga Ketua UMNO Bahagian Lumut berharap dasar-dasar sedia ada parti dan pendekatan-pendekatan  baharu yang dilakukan BN dan UMNO dapat menarik minat golongan muda itu bersama mereka. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN