Banjir: 342 menara rosak punca gangguan telekomunikasi - Utusan Malaysia

Banjir: 342 menara rosak punca gangguan telekomunikasi

IZHAM HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sebanyak 342 menara telekomunikasi  yang terkesan akibat bencana banjir menyebabkan berlaku gangguan liputan di Selangor  sejak 18 Disember lalu.

Bagaimanapun, 258 menara sudah beroperasi sepenuhnya semalam manakala 108 lagi masih dalam peringkat baik pulih.

Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Izham Hashim berkata, sebanyak 77 kawasan di negeri ini dilaporkan menerima gangguan telekomunikasi iaitu 35 di Petaling serta 21 di Klang dan Sepang.

“Menara telekomunikasi terkesan mengikut syarikat seperti 30 menara daripada U Mobile, Digi (31), Maxis (21), Celcom (15) dan YTL (11),” katanya dalam kenyataanmalam tadi.

Terdahulu beberapa kawasan terutama di Seksyen 25 di sini mengalami gangguan telekomunikasi selepas bekalan elektrik diputuskan di lokasi berkenaan yang terjejas akibat  banjir.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan masalah serupa turut melanda beberapa kawasan di Negeri Sembilan sehingga menyukarkan komunikasi antara mangsa-mangsa banjir yang masih terperangkap di lokasi terjejas.

Sementara itu, Izham turut memaklumkan sebanyak 1,407 pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) terjejas dengan bencana banjir.

Namun, sebanyak 1,306 atau 92.82 peratus aset berjaya dipulihkan sementara 101 lagi masih dalam proses pemulihan di seluruh Selangor.

“Daripada jumlah itu, 73 pencawang di Shah Alam, 12 di Sepang dan 11 di Banting. Ketiga-tiga kawasan ini adalah yang teruk terjejas akibat banjir. Bagi Taman Sri Muda, 42 daripada 67 pencawang yang terkesan dipulihkan.

“Sebanyak 33 daripadanya dipulih dengan menggunakan set generator (genset) dan sembilan menggunakan bekalan daripada sistem gri. Dari 101 pencawang yang belum mendapat bekalan, 67 adalah dari Shah Alam, 12 di Sepang dan 11 di Banting. Selebihnya di Klang dan Kuala Selangor,” jelasnya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya