PETALING JAYA: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengenal pasti sembilan negeri berdekatan perairan Selat Melaka sebagai lokasi ‘panas’ sindiket penyeludupan migran. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Datuk Mohd. Zubil Mat Som berkata, kawasan utara di Kedah dan Perlis seperti Kuala Perlis, Simpang Empat, Sungai Baru, Sanglang serta Pulau Rebak dikesan sering dijadikan laluan percubaan sindiket berkenaan. Menurutnya, sindiket penyeludupan turut mengambil kesempatan melakukan aktiviti di Pulau…









