UiTM terima dua TNC baharu - Utusan Malaysia

UiTM terima dua TNC baharu

NORAZAH ABD. RAHMAN dan MOHAMAD HARIRI ABDULLAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengumumkan pelantikan dua Timbalan Naib Canselor (TNC) baharu universiti itu berkuat kuasa semalam.

Prof. Dr. Norazah Abd. Rahman dilantik sebagai TNC (Penyelidikan dan Inovasi) manakala Prof. Dr. Mohamad Hariri Abdullah menjadi TNC (Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni).

Pelantikan itu masing-masing menggantikan Prof. Dr. Mohd. Nazip Suratman dan Prof. Datuk Dr. Rahmat Mohamad yang tamat tempoh perkhidmatan pada 14 November lalu.

UiTM menerusi kenyataan memaklumkan Norazah, 55, mempunyai latar belakang kejuruteraan kimia dan sudah berkhidmat dengan universiti itu selama 31 tahun. 

“Beliau berpengalaman luas dalam bidang penyelidikan dan memperoleh pelbagai geran penyelidikan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. 

“Selain itu, Norazah aktif dalam keahlian badan-badan profesional seperti  Institut Kejuruteraan Kimia (IChemE) United Kingdom dan Institut Jurutera-Jurutera Malaysia,” katanya hari ini.

Menurut kenyataan itu, Mohamad Hariri pula merupakan pakar bidang reka bentuk di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka dan berkhidmat di UiTM selama 30 tahun. 

 “Beliau memiliki keahlian profesional termasuk menjadi Pengerusi Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

 “Kepakaran beliau di peringkat kebangsaan dan antarabangsa turut diiktiraf apabila pernah dilantik sebagai Pengurus Besar MRM dan Pengurus Rekabentuk oleh Nomad Automotion United Kingdom,” katanya.

Tambah kenyataan itu, UiTM berterima kasih kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) atas kedua-dua pelantikan berkenaan.

“UiTM turut menghargai khidmat dan kepimpinan Mohd. Nazip dan Rahmat  sepanjang menyandang jawatan mereka sebelum ini.

“Pelantikan baharu ini diharap membantu  memperkasa agenda penyelidikan, inovasi, melebar luas jaringan industri dan komuniti sejajar dengan pelan strategik UiTM2025,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya