Rentas negeri antara punca barang naik - Utusan Malaysia

Rentas negeri antara punca barang naik

KHAIRUDDIN YUNUS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kebenaran pergerakan rentas negeri antara alasan yang diberikan oleh golongan peniaga dalam isu kenaikan harga barang ketika ini.

Presiden Persatuan Pengguna Negeri Sembilan, Khairuddin Yunus berkata, pihaknya juga menyedari selepas kebenaran rentas negeri diberikan, aduan berkaitan kenaikan harga barang semakin meningkat.

“Memang, harga barangan sentiasa meningkat namun kebenaran untuk rentas negeri seolah-olah dijadikan alasan dan diambil kesempatan oleh golongan peniaga menaikkan harga barangan jualan mereka termasuk yang dijual dalam talian.

“Sebagai pengguna tentu ia membebankan, oleh itu saya berharap pihak berkuasa khususnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengambil tindakan segera kepada mereka yang cuba menaikkan harga sesuka hati.

“Jika ia tidak dibendung saya jangka harga barangan terus meningkat sehingga 40 peratus dalam tempoh dua tahun mendatang,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Sementara itu, Khairuddin berkata, golongan peniaga khususnya kecil-kecilan juga sebenarnya tidak boleh dipersalahkan seratus peratus kerana mereka terpaksa menaikkan harga ekoran harga bahan yang diterima juga adalah tinggi.

“Peniaga terpaksa naik harga kerana mereka membeli pada harga yang agak tinggi, jangan salahkan mereka. Ramai juga dalam kalangan mereka terjejas selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Saya berharap kerajaan dapat bantu peniaga yang terkesan. Apabila dapat kembali berniaga, harga barang pula naik, tolong bantu peniaga ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN