Polis buka 37 kertas siasatan sepanjang PRN Melaka - Utusan Malaysia

Polis buka 37 kertas siasatan sepanjang PRN Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Polis membuka 37 kertas siasatan dan kompaun ke atas penganjur dan jentera parti politik sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berlangsung. 

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd. Ali berkata, sepanjang tempoh itu tiada insiden provokasi membabitkan politik dan rakyat khususnya pengundi yang mementingkan keselamatan awam dengan mereka patuh kepada prosedur operasi standard (SOP). 

“Sepanjang tempoh itu polis keluarkan kompaun bernilai RM120,000. Kesmua kompaun itu   adalah ke atas penganjur parti politik sahaja,” kata pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Bukit Beruang di sini, hari ini. 

Menurut beliau, sebanyak 19 kertas siasatan dibuka membabitkan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) manakala 18 lagi kertas siasatan merupakan kesalahan membabitkan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Katanya, senario itu secara langsung menepis dakwaan segelintir pihak yang mengecam penguatkuasaan ketat dilakukan polis sebagai tindakan menghalang proses demokrasi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN