MELAKA: PKR yakin memenangi semua 11 kerusi ditandinginya sekali gus menyumbang kepada kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Selain PKR, DAP mempertaruhkan lapan kerusi ‘boleh menang’ dalam pilihan raya berkenaan manakala selebihnya iaitu sembilan kerusi oleh Parti Amanah Negara (Amanah).
Pengerusi PKR Melaka, Datuk Halim Bachik berkata, perkara itu berdasarkan hasil tinjauan orang ramai menerusi kempen PRN Melaka yang berlangsung sejak 8 November lalu.
Katanya, ukuran itu memberikan harapan besar kepada PKR untuk menang kerusi ditandingi sekali gus menyumbang kemenangan PH dalam membentuk kerajaan negeri.
Malah beliau menjangkakan dapat merampas kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu yang sebelum ini dimenangi Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali dari Barisan Nasional (BN).
“Ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Sulaiman hanya memperoleh majoriti 627 kerusi. Oleh itu kita yakin akan menangi kerusi itu nanti,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Selain Lendu, PKR mempertaruhkan calon-calon di Tanjung Bidara, Rembia, Machap Jaya, Asahan, Sungai Udang, Paya Rumput, Kelebang, Ayer Molek, Rim and Sungai Rambai.










