Pesawah MADA masih dibelenggu isu benih padi - Utusan Malaysia

Pesawah MADA masih dibelenggu isu benih padi

OTHMAN Aziz (depan, kiri) melepaskan ikan di dalam sawah ketika merasmikan Program Jom Turun Bendang di Kampung Pida 8 Tebengau, Ayer Hitam, Jerlun, Kedah. - UTUSAN/MOHD. RIFAAT ABD. HAMID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERLUN: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan perlu memastikan jumlah bekalan benih padi mencukupi setiap kali musim menabur terutama di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Othman Aziz berkata, sejak kebelakangan ini, kemelut bekalan benih padi menjadi masalah dalam kalangan pesawah menjelang musim menabur benih padi.

Katanya, kementerian itu sepatutnya menyediakan bekalan padi lebih awal kerana tarikh menabur benih padi telah ditetapkan terlebih dahulu.

“Tanaman padi di negara kita mempunyai rangkaian bermula dari persiapan tapak sehingga memproses menabur padi. Jika jadual yang disediakan itu tidak menepati masa, sudah pasti pelbagai masalah akan timbul,” katanya selepas merasmikan Program Jom Turun Bendang di Kampung Pida 8 Tebengau, Ayer Hitam di sini, semalam.

Othman berkata, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan juga perlu menyemak semula pemilihan pembekal benih padi dan pemantauan ladang-ladang benih supaya dapat menyediakan bekalan secukupnya kepada pesawah setiap kali menjelang musim menabur.

“Tanaman padi bukan aktiviti baharu di negara kita malah wujud sejak zaman nenek moyang kita. Bagaimanapun, masalah bekalan padi seperti yang dihadapi oleh petani hari ini tetap berlarutan dan belum ada sebarang penyelesaiannya,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN