Persepsi Machap Jaya tempat istirahat lepas pencen akan diubah - Utusan Malaysia

Persepsi Machap Jaya tempat istirahat lepas pencen akan diubah

ABDUL AZIZ Osani Kasim (tiga dari kanan) meluangkan masa bersama kanak-kanak yang menyapanya ketika melakukan tinjauan di sekitar DUN Machap Jaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: “Saya belajar memang tidak tinggi, sekadar Sijil Rendah Pelajaran (SRP), namun itu tidak menjadikan saya berasa kerdil kerana saya lebih memahami keperluan penduduk, saya boleh bertutur dalam empat bahasa, Melayu, Cina, India dan Inggeris.

Calon tunggal Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya, Abdul Aziz Osani Kasim, 52, menggariskan tiga fokus utama termasuk membina sebuah pusat transformasi luar bandar (RTC) mini bagi menyediakan kemudahan teknologi dan pembangunan ekonomi buat penduduk desa.

Sebagai anak kelahiran Machap Jaya, beliau berkata, walaupun tidak berkelulusan tinggi tetapi beliau melihat perkara itu sebagai keperluan asas memandangkan ramai penduduk yang keciciran dari aspek teknologi maklumat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, RTC tersebut akan menjadi pusat sehenti yang menyediakan pelbagai perkhidmatan agensi kerajaan, swasta dan aktiviti perniagaan untuk penduduk kampung.

“Sebilangan besar penduduk DUN ini mendapatkan sumber pendapatan daripada aktiviti pertanian termasuk sebagai penoreh getah dan tukang kebun.

“Mereka masih selesa menggunakan sistem urusan harian tradisional iaitu secara bersemuka dan bukan melalui dalam talian.

“Bagaimanapun, bagi mendapatkan perkhidmatan berkaitan agensi kerajaan, mereka perlu ke bandar yang agak jauh. Jadi, kita RTC satu keperluan dalam menyelesaikan isu tersebut,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Bilik Gerakan Iman di Taman Lesung Batu, Alor Gajah di sini semalam.

Mengulas lanjut, beliau yang membesar dalam keluarga penoreh getah nekad untuk memajukan DUN itu, sekali gus membuang persepsi mendakwa, kawasan terbabit hanya sesuai menjadi tempat istirahat selepas berpencen.

“Saya dapat mendengar luahan semua kaum DUN Machap Jaya ini, mereka telah kenal saya melalui aktiviti kebajikan dilakukan sejak tujuh tahun lalu. Ada yang panggil Ajis, ada yang panggil Ajid,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×