Lipatan Sejarah: Pengganas komunis serang Kampung Sat, Kerdau -

Lipatan Sejarah: Pengganas komunis serang Kampung Sat, Kerdau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPATAN SEJARAH

PADA 6 November 1982, akhbar Utusan Malaysia melaporkan seorang penduduk kampung, Shariff Long terbunuh dan dua orang lagi cedera akibat diserang oleh sekumpulan pengganas komunis di kebun getah Kampung Sat, Kerdau, Pahang.

Ketiga-tiga mereka bersama dua orang lain diserang semasa memasuki kawasan kebun getah tersebut untuk mencari tujuh ekor lembu yang hilang.

Menteri Besar Pahang, Datuk Mohd. Najib Tun Razak menyifatkan serangan itu sebagai “tindakan pengecut pengganas komunis” yang tidak akan berjaya melemahkan semangat kerajaan, orang kampung dan pasukan keselamatan.

Antara peristiwa lain yang menarik:

  • 6 November 1968 – Filem Negara Malaysia akan membuat filem-filem rencana berwarna mulai tahun hadapan dimana peralatan
    membuatnya sedang dalam proses pemasangan.
  • 6 November 1969 – Menteri Kesihatan, Tun Sardon Jubir mencadangkan supaya nama Sekolah Traver di Sungai Buluh ditukar
    kepada “Sekolah Harapan”.
  • 6 November 1971 – Bandar Dungun di Terengganu akan dibesarkan lagi dengan menambah kira-kira 699 hektar menjadikan
    keseluruhan bandar seluas 1,270 hektar.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan
arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected] – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN