KOTA KINABALU: Hala tuju perjuangan politik Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohamaddin Ketapi dimuktamadkan dengan penyertaan beliau dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kelmarin. Keyakinan terhadap kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Bersatu antara faktor mendorong bekas wakil rakyat Parti Warisan Sabah (Warisan) menyertai parti berkenaan. “Saya fikir oleh kerana Tan Sri Muhyiddin adalah kawan sama-sama dalam Kabinet dahulu, saya tahu dan kenal dia, itu sebabnya saya memutuskan menyertai Bersatu,”…










