KUALA SELANGOR: Kreatif serta menarik inisiatif yang dilakukan Sekolah Kebangsaan Puncak Alam di sini apabila menampilkan maskot harimau dan panda sebagai cara meraikan murid-murid kembali ke sekolah. Malah, lagu animasi kanak-kanak seperti ‘Upin dan Ipin’ serta ‘Didi & Friends’ turut dikumandangkan sejak pukul 6.45 pagi bagi memeriahkan hari pertama persekolahan selepas lebih enam bulan pelaksanaan Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR). Menurut Guru Besarnya, Norhamidi Mohd. Ansor, inisiatif meraikan murid-murid…










